Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Saturday, December 4, 2010

tahu kah anda : kesihatan..

   * "... bahawa hati, ginjal dan kulit terlibat dalam proses homeostasis?"
    * "... bahawa kulit merupakan organ yang terbesar dalam tubuh manusia?"
    * "... bahawa usus kecil adalah 4-5 lebih panjang daripada usus besar, tetapi diameternya 3 kali lebih kecil?"
    * "... bahawa hati adalah kelenjar terbesar dan organ kedua terbesar dalam tubuh manusia?"
    * "... bahawa protozoa plasmodium merupakan penyebab sebenar malaria?"
    * "... bahawa manusia berupaya berenang kerana lebih kurang 70% daripada tubuh manusia terdiri dari air, dan oleh itu mempunyai ketumpatan yang hampir serupa dengan air?"
    * "... bahawa onkogen ialah gen terubahsuai yang boleh menjadikan suatu sel tumor itu bertambah bahaya?"
    * "... bahawa endometriosis terjadi apabila tisu yang melitupi bahagian dalam uterus tumbuh di luar rahim?"
    * "... bahawa sinaran pengion, sekiranya cukup bertenaga, mampu menyebabkan kerosakan DNA dalam setiap sel?"
    * "... bahawa bukan semua tumor berbahaya?"
    * "... bahawa tengkorak terdiri dari dua tulang: kranium dan mandibel?"
    * "... bahawa telinga turut berperanan dalam keseimbangan dan kedudukan tubuh?"
    * "... bahawa anestesia membolehkan pesakit menjalani pembedahan atau prosedur lain tanpa perasaan sakit?"
    * "... bahawa popi candu juga boleh digunakan untuk anestesia?"
    * "... bahawa kedwicekatan merujuk kepada keadaan seseorang yang mampu menggunakan kedua-dua belah bahagian tubuhnya dengan cekap?"
    * "... bahawa amalan kesihatan pengairan hidung membabitkan pembanjiran rongga hidung dengan air garam suam?"
    * "... bahawa bayi baru lahir memerlukan sehingga 18 jam tidur?"
    * "... bahawa bagi vertebrat, abdomen membentuk bahagian badan antara toraks dan pelvis?"
    * "... bahawa titik G wanita terangsang ketika hubungan seks, ia akan menyebabkan sensasi kenikmatan seperti puncak syahwat?"
    * "... bahawa Proteobacteria ialah sebuah filum utama bakteria?"
    * "... bahawa rawatan yang paling biasa dan paling berkesan bagi kandungan luar rahim ialah pembedahan untuk membuang kandungan tersebut?"

tahukah anda : kesihatan

1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya
memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran
akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu?
(Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula
adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana anda
akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Cuba yang ni bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi).
Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba
tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan
tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari
sana . Fakta diperolehi dari 'Health Corporation of Singapore '.

4. Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah dan periksa.Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika
kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth
Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah
dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo
yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul
Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature
Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah
satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.
Meskipun pertanyaan telah pun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan
daripada mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami
tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh
mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee
Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk
penghasilan buih.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi,
mamee, ruski, dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-¿kurangnya 3 hari
selepas mengambil mee segera itu sebelum mengambil paket yang seterusnya.
Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya
telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu
berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee
segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah
dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni
dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya
membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil
mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah.
Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang
badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem
badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah pramugara dari SIA yang
mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia
tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap
barah dan meninggal dunia selepas itu.!'



6. Bawang Goreng segera , Seorang kawan melawat ke sebuah
perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat
banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa
yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama
gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut
dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab
itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara
tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang
singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda
sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.